Persediaan Untuk Hamil? Apa Perlu Saya buat?

Adakah anda suami isteri sudah bersedia untuk hamil dan menimang cahaya mata? Jika ya apakah persediaan yang perlu dibuat dari segi rohani, mental, fizikal, kewangan dan ilmu keibubapaan. Antara aspek yang perlu ditekankan adalah menjaga kecergasan badan, pengalaman diet yang seimbang dan lain-lain lagi.

Buat Pemeriksaan Kesihatan Selalu 


Kenapa perlu untuk buat pemeriksaan? Ini adalah bertujuan untuk memastikan diri pasangan masing-masing bebas daripada kencing manis, asma dan lain-lain penyakit berbahaya. Jika ada penyakit-penyakit itu, anda boleh berbincang dengan doktor apa yang anda perlu buat dan boleh dapatkan alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

Berat badan yang ideal 


Tahap kesuburan seseorang juga dipengaruhi dengan berat badan tak kisahlah yang terlebih atau terkurang. Penting bagi ibu-ibu mendapatkan berat badan yang ideal sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum ingin hamil. Ini juka adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko pada ibu dan juga bakal bayi dalam kandungan. Berat badan yang ideal adalah antara BMI 18 hingga 23. 

Jauhi alkohol dan rokok 


Ianya amat mempengaruhi kesuburan tak kira lelaki ataupun perempuan. Ia mungkin akan memudaratkan bayi sebelum dan selepas dilahirkan. Sebaiknya berhenti rokok dan jauhi asap rokok 

Pemakanan yang sihat dan seimbang 


Untuk mengekalkan tahap kesuburan maksima dah kualiti sperma yang hebat, diet yang sihat dan seimbang amatlah dititik beratkan. Ini adalah untuk membekalkan zat yang diperlukan untuk kesihatan lelaki dan wanita.  Sperma yang berkualiti meningkatkan potensi untuk isteri hamil. 

Untuk Wanita asid folik untuk ibu hamil amat penting bagi mengurangkan risiko kecacatan pada janin semasa fasa kehamilan. Oleh itu pengambilan multivitamin andalah amat dititik beratkan. 

Pil Perancang Keluarga


Buang segala implan dan berhenti dari ambil pil perancang sekurang-kurangnya selama 3 kitaran haid iaitu 3 bulan sebelum cuba untuk hamil. 

Ini untuk memastikan diri bersih dari hormon sintetik. Jika tidak ini akan menyukarkan untuk menentukan tarikh lahir bayi yang sebenar 

Jaga Persekitaran 


Pastikan Persekitaran anda tidak terdedah pada risiko bahan kimia dan asap rokok 

Ilmu Keibubapaan 


Cari informasi tentang kehamilan dan keibubapaan untuk lebih bersedia hamil. Semua informasi ini boleh didapati pada buku-buku rujukan, internet dan majalah. 

Ini memudahkan bakal ibu dan bakal bapa bersedia dengan situasi yang akan ditempuh kelak.  

Tanpa ilmu yang mencukupi mungkin menyukarkan pesediaan mental dan fizikal sepanjang tempoh kehamilan, kelahiran dan pegurusan bayi 

Doa 


Mohon pada Allah supaya mendapat zuriat yang baik dan sentiasa memlihara kesejahteraan ibu dan bayi sepanjang proses kehamilan. Minta yang baik baik sahaja kerana setiap apa perkara yang ibu buat akan dirakam oleh anak dalam kandungan. Berhati-hatilah 

KHAS UNTUK PARA SUAMI 

Prihatinlah pada isteri 

Jadi lah suami yang prihatin dan sensitif dengan keperluan isteri

Fahami lah kedaan isteri bila mengidam yang pelik-pelik. Sekejap je. 

Ini amat berkesan dalam membantu isteri mengalami saat kehamilan yang baik 

Sokongan 


Luangkan masa dengan isteri lebih-lebih lagi semasa menjalani pemeriksaan di klinik atau hospital . Jika boleh jangan biarkan isteri keseorangan. 

Jika isteri tak stabil emosi, ambik masa untuk bantu mengstabilkan emosi isteri sepanjang tempoh kehamilan mereka. 

Melaui cara ini hubungan akan makin erat dan "time buat sama-sama, time susuh sorang-sorang jer" 

Previous
Next Post »
0 Komentar