Review Laksa Kuala Kedah Teluk Kechai

Assalamuaikum, alhamdulillah balik kampung kali ni banyak tempat makan yang best saya dan suami cuba. Antaranya Laksa Kuala Kedah Teluk Kechai. Untuk lebih spesifik zakaria Laksa Teluk Kechai.


To be honest siapa yang sukakan laksa yang cair tak pekat sangat boleh cuba. Rasanya juga amat sedap. Tapi lain orang lain rasanya. Macam laksa ni sesuai dengan tekak ija sebab ianya tak terlampau pekat.


Yang sebelah kanan macam sambal tu orang panggil isi nyioq ataupun isi kelapa. Laksa kat sini nak makan kena kacau dulu so baru lah adunan sebati dan rasa sekata.

Husband ija teringin nak makan satay sekali datang secenot je satay dia. Tapi kuah satay kat sini agak best. Cuma satay nya kecik sikit.


 Kalau petang-petang laksa teluk kechai ni memang ramai, kat sini Chinese pun ada datang makan. Bukan melayu je suka makan laksa tau.  


Tempat makan yang selesa bagi saya, kemas dan bersih kira sangat selesa lah kalau nak makan. Takdelah cik ti ke cik ape ke datang time kita nak makan. 


Sambil-sambil tunggu laksa boleh try nasi lemak kat sini memang sedap, Anisah anak sulong saya pun cakap sedappp mama nasi lemak dia. Yang balut hijau tu pulut sambal boleh tahan jugak rasanya. yang telur tu pulak bukan telur setengah masak tapi telur rebus. Bihun goreng pun ada untuk menghilangkan rasa kelaparan yang melampau 


Macam mana nak ke sana? 

kat bawah ni alamat Zakarian Laksa Teluk Kechai 

Zakaria Laksa Teluk Kechai 
250, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, 06600, Kuala Kedah, Kedah
Malaysia
 
 
No Telefon : +60 4-762 1071 
 
 
 
Previous
Next Post »
0 Komentar