Buku Cerita Hadis, Mangga dan Kesedaran

Selesai masak untuk makan tengahari, saya dan ainul pergi mengepos suplemen shaklee. Syukur, ada satu kedai buku KELIKI di tesco yang menyediakan perkhidmatan pos laju. Oh ya sebelum tu saya membawa juga buah mangga untuk dihantar kepada cikpuan manis lady suzanna.


Sampai sahaja di kedai buku tersebut, mata terus terpaku pada sebuah buku yang sangat warna warni. Menarik! Tajuknya 10 cerita hadis pilihan. Hadis? oh yang sebenarnya semalam saya baru tulis 'sesi baca hadis untuk anak-anak' dalam jadual harian di atas kertas untuk dilekatkan di dinding. sebelum ni jadual tu dalam laptop saja.

Memang dari tahun lepas lagi sebenarnya plan nak masukkan aktiviti baca hadis dalam keluarga kami. Cuma tak terlaksana lagi. Allahu.

Dan apabila ternampak buku cerita hadis yang ala ala cerita kanak-kanak kat kedai tu apalagi terus saya beli. Sebab memang menarik sangat. Sangat sesuai untuk tarik minat anak-anak yang masih kecil untuk dengar dengan gembira kita bercerita tentang hadis.

InsyaAllah saya akan kongsikan lagi review tentang buku itu.

Setel semua, kami pun naik kereta. Ketika tangan sedang masukkan kunci kereta ke lubangnya, tiba tiba handphone berbunyi. dari lady su. rupa-rupanya, dia mintak tolong saya ambilkan anaknya di tadika. kereta adiknya tak boleh start. Ya Allah, Allah Maha Pengatur. Patutlah Allah gerakkan hati saya untuk hantar buah mangga tu. Jadi ada sebab kenapa saya perlu ke rumahnya.

Bukan sekadar untuk hantar mangga. Alhamdulillah dapat menolong orang hari ini. 

Kisah sangat simple namun saya sedari ada message yang Allah nak bagitahu.

Antara kesedaran saya ialah:

1. Lintasan hati 

Jika ada sesuatu yang terlintas di hati, Allah pasti kabulkan. Cepat atau lambat je. Macam saya, memang ada terlintas nak cari buku hadis untuk anak2, ada terlintas nak hantar mangga walaupun ada rasa nak pegi ke tak pegi. hehe. Namun alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Dan saya dapat apa yang terlintas di hati saya. Makanya berhati-hatilah dengan apa yang anda fikirkan.

2. Allah Maha Pengatur

Aturan dan perancangan Allah itu sangat superb! Smooth je. Lancar sekali. Dia gerakkan segala anggota badan termasuk hati kita untuk melaksanakan apa yang kita hajati. Secara sedar atau tak sedar sebenarnya.

Bagi kes saya, saya melihat perancangan Allah bermula dari ada customer order shaklee dengan saya, kemudian saya tergerak hati nak pos sendiri di kedai buku KELIKI (selalunya hasben yang akan poskan di pos laju), kemudian saya di jumpakan dengan buku cerita hadis untuk kanak-kanak (yang sememangnya saya sedang tercari-cari). Dan kes buah mangga juga! Allah Maha Besar!

Khamis, 7 Mei 2015
Sahabat hati anda,
Ija Ramli
 






Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Alhamdulillah everything goes well

Balas