Small Gathering First Batch KON, UIAM Kuantan at Bason Cafe



Bila ditanya tak rindu kah pada dunia nursing? Saya hanya mampu tersenyum. Sungguh, jauh dilubuk hati saya masih rindu.

Sebahagian first batch nursing bersama Prof Dr Aishah


Rindu pada ilmunya, rindu pada moment2 bersama 12 sahabat first batch kuliyah of nursing. Rindu pada pensyarah2nya, rindu pada staff2nya, rindu pada jalan hospital campus (JHC), rindu pada mahallat, rindu pada bandar kuantan, rindu pada hospital kuantan, hospital temerloh, kemaman, klinik kesihatan jaya gading dan balok, rindu pada pakteh kete sapu, rindu pada pakcik2 drebar van dan bas uia, rindu pada makcik2 cafe. Arghhhh nak senaraikan semua mungkin tak cukup 1 page. Hahaa.

Pengalaman yang Allah hadiahkan pasti tersemat utuh dalam minda sedar dan separa sedar. Pasti juga dalam hati dan jiwa.

Segala puji bagi Allah. Ini yang mampu  dizikirkan setiap kali berjumpa kembali sahabat2 nursing uiam. Paling terharu kali ni, Prof Dr Aishah sudi luangkan masa untuk bertemu kami. Terima kasih prof. Terima kasih Ya Allah.

Saling bertukar cerita dan rasa. Rasa macam kena buat pillow talk pulak. Hehe. Gather2 di mana2 untuk semalaman. Gate away mungkin.

Alhamdulillah first batch nursing semuanya menjadi. Ada yang pernah berkhidmat di saudi. Ada yang sedang berkhidmat sebagai pensyarah di kolej KKM. Ada yang memilih menjadi degree nurse di hospital temerloh, di SDMC, HUKM dan KMC. Ada yang pernah bekerja di IJN. Ada yang pernah mengajar di kolej masterskill. Ada yang menjadi industri nurse. Ada yang terjun ke dunia bisnes.

Walau apa jua yang diceburi, darah nursing masih sebati. 4 tahun kot belajar plus praktikal lagi. Hehee. Pengalaman sungguh. Ada pahit ada manis ada masin ada tawar. Hehe. Luar biasa!

Didoakan kita semua berjaya meniti perjalanan hidup yang pastinya disulami dengan ujian. Teruskan memberi dalam apa jua bidang yang dipilih. Yang pasti Allah itu Maha Baik. Apa yang diimpikan pasti tercapai. Mungkin bukan sekelip mata. Mungkin perlukan usaha. Perlukan kesabaran. ALLAH sayang orang yang sabar. Orang sabar peratus masuk syurga tu tinggi.

Mata dah mintak dibelai2 nih. Haha. Joms tdo sat.

Salam rindu,

Ija Ramli
Ex-Nurse IJN, Ex-Tutor MUCH,
InsyaAllah, Selamanya Pengedar Shaklee.


Previous
Next Post »
0 Komentar