Destinasi Kembara Idaman ijaMunz Bersama Anak-anak Dara Manes



Doa Anisah tahun lepas,

"Terima kasih Ya Allah bagi Anisah pegi rumah Allah, tempat salji. Satu lagi, Anisah suka aiskrim bunga tapi dari salji. Sedap punya."

Part last tu mama pun tak tau dia tengok kat mana 😅

Apapun itu lah penguat semangat mama dan abah untuk lebihkan usaha tunaikan hajat anak.

Selepas ambil kira impian anak, mak, bapaknya, jadi kami decide
👇👇👇

Destinasi kembara idaman kami tahun 2017 ialah negara kiwi yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. New Zealand!

Katanya ia merupakan antara tanah terakhir yang diterokai manusia.

Okeh teruja nak jejak kaki ke sana.

InsyaAllah, kembara kali ini anggarannya selama 10 hari pada September 2017. Kami pilih awal musim bunga.

Kenapa? Sebab sangat berharap masih ada lagi saki baki salji waktu tu. Dapatlah penuhi hajat puteri sulong nak pi tempat salji. Sentuh salji. Syukur juga kalau dapat tengok bunga-bunga sakura (cherry blossoms) yang mekar berkembang. Yang ni puteri kedua suka bunga.

Dan untuk first time visit ni, kami pilih South Island.

Teruja nak ke New Zealand sebab daripada review, alamsemulajadi kat sana masih asli. Terlalu indah sampai gambar pun tak dapat nak gambarkan indahnya alam tu. Sampai ada yang gelarkan "syurga dunia". Tu yang rasa nak pi tengok dengan mata sendiri. Hihi

Moga dapat belajar dan rasai kebesaran Allah sebalik ciptaanNya.

Selain tu, kami teringin jugak nak tengok lokasi utama penggambaraan filem popular The Lord of The Rings tu. Tapi yang tu next time kot sebab ia kat bahagian north.

Dan yang paling teringin sangat nak merasa pengalaman unik naik motohome. Bolehlah tunaikan hajat puteri sulong. Teringin sangat dia nak naik.

Semoga kembara kali ni dengan mata hati. Dapat lihat kebesaran Allah dalam setiap langkah kami.

Okay bila nak travel nih ofkos perlukan perbelanjaan.  Selepas kira-kira secara kasarnya, anggaran RM 30k diperlukan.

Mak aih nak dapat mana tu?

Setakat ni kami menabung dari hasil bonus shaklee setiap bulan. Alhamdulillah. Kena usaha lebih lagi kalau nak lebih.

Kali ni pergi bersama suami dan 3 puteri. Berimpian nak bawak parents juga next time.

Hasil gugel, antara tempat-tempat kat sana yang teringin sangat nak pegi macam

- Lake Tekapo. Katanya ia tasik kedua terbesar berwarna biru turquoise!

- bermalam di Holiday Park Lake Tekapo dan pada waktu malam bolehlah nikmati pemandangan bintang dan bulan yang indah dengan abangMunz bersama kameranya tu 😙

- Lake Pukaki tasik paling besar. Dekat dengan Mount Cook. Tasik-tasik kat sini hasil pengaliran glasier yang cair dan batu-batu halus. Teringin nak rasa air dia.

- bawak anak-anak ke Puzzle World Wanaka dan ke Wanaka (pekan kecil yang moden sebelah tasik). Katanya cantik.

- Queenstown (bandar kedua terbesar di South Island) . Lepastu tidur kat Holiday Park Queenstown. Kat sini teringin sangat nak naik Skyline Cable Car dan Luge. Oh dan jugak Bungee Jumping! Huh ada bran?😅

- lepas tu nikmati ais krim di Patagonia Chocolates, Kafe coklat paling popular di Queenstown. Sambil2 tu buleh la buat fb live. Hihi. Wifi percuma katanya kat sini. Katanya pemandangan kat situ latar belakangya Lake Wakatipu. Banyak gunung2. Wow!

- nak usha usha jugak Lake Te Anau. tidur sini. Esoknya nak ke milford sound.

- dan yang mesti pegi Milford Sound di Fiordland National Park. Katanya landskap dia indah sangat akibat hakisan glasier beribu2 tahun dulu. MasyaAllah. Terbayang-bayang dok atas cruise Jucy Maiden of Milford dengan suami dan 3 puteri sambil nikmati pemandangan milford sound tu. Cuaca baik je waktu tu. Dapat tengok anjing laut, ikan lumba-lumba. Rasa sejuk tak payah cakap lah. Wah wah wahhh berangan memang best sebab free jee.

- main tubing dan main salji kat the Remarkables. Untung untung salji ada lagi. Nak kesini macam kena naik kereta  ye?

- tengok penguin liar di Moeraki. Anak-anak mesti suka nih.

Hmmm apa lagi ya tempat2 menarik kat sana yang worth to go? Atau kot ada tips apa-apa ka? Share-share lah naa 😘

Terima kasih daun keladi,
Terima kasih Ya Allah kabulkan impian kami.

Ija Ramli
013 515 0155




Posted via Blogaway


Previous
Next Post »
0 Komentar