Cara Hilangkan Sakit Gout Supaya Dapat Jalan Tanpa Perlu Papah Dinding

Serangan klasik penyakit gout selalunya terjadi pada lelaki yang obes. Nak nak pulak jika mereka kurang minum air kosong dan tahap kolestrol dalam darah tak terkawal.

Macam mana rasa bila gout datang menyerang?

Bayangkan bila tengah malam tiba-tiba gout serang anda. Rasa sakit sangat di bahagian sendi ibu jari.

Ya lain orang lain tempat serangannya.

Kata James C.C. Leisen, MD, head of rheumatology at Henry Ford Hospital in Detroit yang saya terjemahkan ke bahasa melayu,

"Ibu jari kaki adalah tempat paling biasa diserang gout. Namun sekarang gout juga suka serang kat bahagian lutut, pergelangan tangan dan jari."

Serangan gout sangat menyakitkan. Ouchh!

Saya masih ingat lagi jun tahun lepas, kaki suami tiba-tiba bengkak kat bahagian sendi ibu jari. Malamnya tak nampak bengkak. Dia mengadu sakit je. Bila bangun esok paginya, terus boleh nampak bengkak kat sendi ibu jari kaki tu. Bila sentuh kulit bahagian tu terasa panas. Warna pun agak macam nak merah. Tapi tak lah merah terang tu.

Saya dah risau masa tu. Suami tak dapat pijak lantai dengan tapak kaki dia. Bila pijak rasa sakit sangat.

Itu kali pertama dia sakit kat bahagian tu. Terus saya terbayang gout. Macam simptom-simptom gout. Namun sangat berharap ia bukanlah gout seperti yang saya bayangkan.

Akibat sakit sangat, dia ajak saya ke klinik berhampiran rumah.

Di klinik, doktor kata mungkin asid urik dalam darah tinggi. Dan untuk pastikan betul ke tak, dia sarankan supaya buat ujian darah. Keputusannya beberapa hari juga baru dapat tau.

Sementara tunggu result tu doktor bagi pil tahan sakit dan pil anti radang dan krim sapu untuk hilangkan rasa sakit dan kurangkan radang di sendi ibu jari kaki tu.

Kami dalam dilema sebenarnya. Sebab pernah baca kesan buruk disebalik pil tahan sakit. Jika terlalu kerap makan pil tahan sakit, lama kelamaan buah pinggang akan rosak. 

Namun apakan daya, sebab sakit sangat suami telan juga pil tahan sakit tu.

Sekali tu je kot.

Esok nya suami mintak saya suapkan dia vitamin shaklee. Vitamin shaklee pun ada  set gout.

Selepas beberapa hari, bengkak surut dan bila dapat result ujian darah, alhamdulillah asid urik normal. Bengkak tersebut bukanlah disebabkan oleh gout rupanya. Alhamdulillah syukur sangat.

Sejak tu saya cuba sehabis baik suap vitamin kat dia setiap hari. Dalam banyak2 vitamin, Vivix paling mudah. Ia sejenis cecair. Nak telan pun mudah.

Hingga saat saya tulis entry ni, suami tak pernah mengadu sakit macam hari tu lagi.

Syukur.

Hikmah dari ujian tersebut, saya mula gali info pasal gout supaya dapat cegah ia dari awal.

Seriyes, seriau dengar pengalaman kawan-kawan yang ada sedara pernah sakit gout ni. Sakit toksah cerita lah. Naudzubillah. Moga Allah pelihara kita.

Punca Masalah Gout


Gout adalah sejenis penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan pada sendi.

Asid urik merupakan hasil lebihan sel-sel mati yang ada pada hati dan lebihan asid amino akibat pengambilan protein yang tinggi.

Untuk sistem badan yang normal, asid urik sepatutnya boleh dikeluarkan melalui urin dan najis.

Masalah terjadi bila asid urik tak mampu dikeluarkan. Akibatnya ia makin tinggi dan dan akhirnya membentuk hablur kristal pada bahagian sendi.

Paling menakutkan sekiranya tak dirawat, ia boleh menyebabkan kehadiran kristal atau batu dalam buah pinggang. Maka terjadilah kegagalan fungsi buah pinggang atau pun lebih dikenali sebagai sakit buah pinggang.

Yang menjadi masalah apabila pesakit sering diberikan ubat tahan sakit yang sebenarnya burukkan lagi keadaan pesakit.

Dah tentu ubat tahan sakit perlu diambil dengan kerap sebab ia bukan rawat punca masalah tapi hanya rawat simptom iaitu legakan rasa sakit je. 

Bila sakit datang lagi, makan lagi ubat taham sakit tu. Makin lama makin kerap. Akibatnya, buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk proses ubatan kimia tu.

Oleh sebab itu saya sangat menyeru anda yang ada sakit gout untuk ubah pada vivix sebagai ikhtiar bantu hilangkan derita kesakitan anda.

Macam mana vivix boleh bantu hilangkan derita pesakit gout?


Dalam vivix ada satu bahan namanya resveratrol.

Resveratrol bantu cegah radang dan bengkak sendi. Ia juga kurangkan penghasilan asid urik.

Ajaib kan. Makin di kaji makin banyak rahsia alam yang manusia boleh gunakan untuk sembuhkan penyakit. Resveratrol ni diekstrak daripada anggur muscadine. Anggur terbesar.

Testimonial pengguna yang dah pun berjaya hilangkan sakit gout tanpa ubat tahan sakit. 



Bapa kepada Puan Zarith dah berpuluh tahun sakit gout. Bila gout menyerang, pain killer dan ubat gout jadi peneman. Salah makan je mesti gout datang. Bila dah sakit, jalan sampai kena papah dinding. Alhamdulillah, sejak amalkan vivix dengan konsisten, gout dah tak datang dah.




Tak dapat bayangkan sakit gout ni. Jika anda ada sedara mara atau sahabat-sahabat yang di uji dengan sakit gout, cadangkanlah mereka untuk amalkan vivix. Dengan izin Allah, akan ada perubahan positif.

Pengedar Shaklee,
Ija Ramli
013 515 0155

Posted via Blogaway
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Assalam..terima kasih infonya.Kawan saya dah 20 tahun mengidap gout sampai dah kronik boleh daftar OKU. Jemput ke blog saya untuk baca perkongsian pengalamannya menghadapi GOUT.

Balas