Sukan Sea Fun Run 2017

Pada 19 Ogos yang lepas saya berpeluang ikut suami ber fun run di larian sukan sea 2017. Anak-anak (8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun) turut sama meriahkan suasana. Memang meriah sangat. bestnya kali ni ada family iReach yang lain juga. Macam mana saya dapat tau ada fun run ni? Dalam team Shaklee kami ada Pengerusi iReachFit. Beliau lah yang uruskan hal-hal kesukanan ni. Bila ada geng ni rasa semangat sikit nak join aktiviti-aktiviti macam ni betul tak?

Sebelum baca selanjutnya, jom tengok video klip Larian Sukan Sea 2017 (Fun Run) dulu jom







Kami bertolak seawal jam 5.20 pagi dari rumah. Plannya nak solat Subuh dalam perjalanan. Anak-anak kami angkat je terus masuk ke dalam kereta. Cuma yang sulong tu dah terjaga awal. Terus suruh dia mandi dan siap. Sebelum naik kereta, saya sempat bancuh ESP dalam shaker shaklee tu. Alas perut untuk kami. Sempatlah minum atas kereta. 5 minit sebelum azan subuh, kami sampai di Shell USJ. Singgah solat situ dan beli roti. Manatau budak-budak ni lapar bila bangun nanti.

Selesai solat Subuh kami teruskan perjalanan ke Perbadanan Putrajaya. Pukul 6.20 pagi, kami sampai area Masjid Besi. Masa tu dah banyak kereta. Alhamdulillah ada parking kosong di bangunan yang batu bata merah tu. Tak jauh lah sangat nak berjalan ke tempat acara di Perbadanan Putrajaya. 

Saya bangunkan anak-anak. Tukarkan baju diorang. Pakaikan kasut. 

Sambil tu usha-usha juga kot ada yang bawa anak kecil. ermm tapi tak nampak lagi. Hasben turunkan stroller. Masa tu dah macam rasa alamak aku je ke yang bawak sroller. Tiba-tiba nampak ada sorang Chinese bawak anak. Okay. Lega. Ada geng. haha

Suami cakap geng iReach shaklee yang join pun bawa bini dan anak-anak juga. Stroller pun bawa. Jangan risau lah dia kata. 

Haha lega. 

Pukul 7 pagi kami berjalan ke tempat acara tu.

shaklee selangor
Wefie dulu sambil tunggu geng shaklee yang lain


Kat sana jumpalah dengan geng shaklee yang bawak anak dan stroller. Ada sorang ni makyong macam saya juga. Dia dah 36 minggu. Selamba je dia. Follow fun run juga. Ada sorang lagi makyong. Baru 12 minggu. Saya 25 minggu. kami sama-sama jalan sambil tolak stroller. Dah kata lari santai kan.

ireachfit
Geng mak-mak tolak stroller
kredit to: FB page Running Malaysia Magazine


Akhirnya, alhamdulillah kami berjaya sampai ke finishing line. Kali ni rasa macam eh sekejap nya. Masa walk for humanity tahun lepas terasa juga jauhnya jalan. 

Oh lupa nak tulis, fun run ni sepanjang 5 km. 

Bila sampai garisan penamat, dapatlah finisher medal. yeayyyyy!

Perut boncit. hehe. 25 weeks pregnancy

Sijil pun dapat, yang tu diorang akan emelkan nanti.

Serius, seronok sebenarnya join aktiviti-aktiviti macam ni. Selain rapatkan ukhuwah, ia bantu kita untuk cerdas minda dan cergas fizikal.


Dan sebagai langkah pencegahan daripada pelbagai penyakit masa kini.

Memang boleh pergi individual tanpa join mana-mana group, cuma saya lebih suka bawa anak dan anak-anak saya jadi lagi bersemangat bila ada kawan-kawan sebaya dia (ehhh termasuk mama dia la jugak kan. haha)





So kalau korang suka dan terasa nak join aktiviti-aktiviti gaya hidup sehat macam ni, jom lah join group kami laki bini. Kami bukan sekadar buat bisnes online dan makan vitamin je. Tapi kami praktikkan juga gaya hidup sehat tau. 

Saya dan geng makyong yang join fun run ni pun amalkan makan vitamin Set  Mengandung Shaklee. dengan izin Allah dapat bantu untuk fit dan berjalan 5 km walaupun tengah sarat bawa perut. 



Semoga dapat join lagi aktiviti-aktiviti best macam ni. Mungkin bersama-sama anda yang tengah baca entry ni ;)

Menikmati selagi mampu.

Ija Ramli,
Pengedar Shaklee dan Bisnes Leader,
013 515 0155
Latest
Previous
Next Post »
0 Komentar