Siapa Saya?

pengedar shaklee puncak alam

SIAPA SAYA?

---> macam poyo je. Hehe. Sejak beberapa hari ni jumlah friends kat fesbuk makin bertambah. Jadi saya nak story sikit siapa saya.

Saya adalah #WorkingSuriRumah yang pilih bisnes Shaklee dalam usaha jana extra income untuk family.

Ada kawan-kawan tanya "kenapa ija pilih shaklee?"

Kenapa? Hihi. Susah nak jawab. Yang saya tahu saya perlu buat sesuatu untuk dapatkan income tambahan. Otak beku jugak kalau tak buat perkara luar rutin (rutin saya masa tu keje2 rutin surirumah).

Masa saya 'tanam anggur' kejap selama setahun selepas resign, saya tulis dalam sebuah buku apa yang saya nak capai. Semua orang pun ada buku impian kan. Dulu saya teringin sangat nak masukkan anak ke tadika islamic montessary. Dan masa tu kat tempat kami ada LC. Nak register perlukan sejumlah duit. Banyak jugaklah. Jadi beberapa bulan sebelum kena bayar tu saya push diri untuk sungguh-sungguh buat shaklee. Akhirnya masa tengah bulan November, dengan hasil bonus shaklee kami dapat setelkan yuran pendaftaran. Siap dapat car bonus. Seriyes, nanges masa tu. Tak sangka. Terus sujud syukur. Betapa Allah tu Maha Pemurah.

Satu lagi, nak ringankan beban suami supaya dia boleh teruskan minat dia dalam bidang photography. Mahal2 gajet photograpy nih. At least kalau ada extra income, tak perlu dah kacau duit gaji dia kan. Banyak lagi komitmen lain yang kena setelkan.

Lagi why adalah untuk mak dan abah. Takleh ulas panjang bab ni. Kang banjir dengan air mata.... depa insan paling banyak berkorban untuk saya. Masa belajar kat uia dulu abah yang sponsor dari tahun awal sampai akhir. Hasil buat bendang. Kena berpanas dan berhujan jugak kadang-kadang. Sob sob sob. Mak surirumah sepenuh masa. Tak dak buat bisnes-bisnes sampingan pun. Berkat doa depa lah anak dia ni dapat best student. Ini pun tak sangka jugak.

Dan banyak lagi 'kenapa' nya tu. Bosan pulak nanti korang baca.

Secara ringkasnya matlamat utama nak hepi kan orang-orang tersayang (mak dan abah, anak-anak dan suami). Bantu lebih ramai orang-orang kat luar untuk sihat dan berjaya dengan shaklee. Bebas kewangan tu bonus. Bila kita bahagiakan orang, Allah pasti bahagiakan kita.

Dan sebagai muslim, apa jua bisnes/keje yang kita buat jadikan ia sebagai platform terbaik untuk buat kebajikan dan ladang pahala.

Awal pagi tadi saya terbaca satu status dari mak shaklee saya,

"Kalau kita berjaya jadi apa pun, tapi tak memberi manfaat langsung kepada agama, tak ada makna pun kejayaan tu."

Pedasss.

Dan lagi,

"Mungkin kita dah puas berusaha tapi belum berjaya, maybe kita belum libatkan 'kejayaan Islam' dalam apa yang kita kejar. Boleh jadi Allah nak kita berjaya dalam bakti kepada agama, bukan berjaya sorang-sorang."

Insafff.

Saya tak mau bahagia dan kaya sorang-sorang, jadi saya nak bantu 30 orang suri rumah yang nak bersama-sama dengan saya jana rezeki untuk hepikan anak-anak, suami dan ibu bapa kita. Best kan  dapat sponsor depa p jalan-jalan satu dunia tengok bumi Allah.

Izinkan diri anda untuk saya bantu anda. Whatsapp 013 515 0155 naa. Kita story-mory.


Ija Ramli
WorkingSuriRumah

0 Komentar